Thursday, May 27, 2010

JOM KE MENARA GADING 2010 (JOMEGA '10)


JOMEGA '10

Tarikh : 15&16 Jun 2010
Tempat : Maktab Mahmud Alor Star
Yuran : RM 10
Terbuka kepada semua lepasan SPM,STPM,STAM,MATRIK, DAN DIPLOMA
Sebarang Pertanyaan :
Afifi : 0148404842

OBJEKTIF JOMEGA '10

1) Memberi kefahaman kepada peserta mengenai tanggungjawab mereka sebagai pimpinan pelapis pada masa hadapan.

2) Menjalinkan hubungan baik antara peserta dengan pihak Kerajaan Negeri dengan memberi kefahaman tentang hasrat dan dasar kerajaan.

3) Memberikan maklumat-maklumat terkini tentang suasana alam kampus serta cabaran-cabaran yang bakal dihadapi.

4) Meningkatkan motivasi dan daya saing peserta sebagai satu wacana bagi persiapan memimpin negara pada masa hadapan.


Thursday, May 20, 2010

Perjudian Bolasepak Akan Di’Halalkan’?

Perjudian Bolasepak Akan Di’Halalkan’?


Perjudian adalah satu jenis permainan pertaruhan yang mana pihak yang menang akan meraih wang pertaruhan mereka yang kalah. Tidak dinamakan perjudian jika kedua-dua pihak mencapai kemenangan. Itulah sifat perjudian yang diharamkan di dalam undang-undang Islam. Malah juga dilarang oleh semua agama lain.

Oleh itu, secara peribadi saya terperanjat (malah ramai yang lain juga) membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien yang menyatakan pertimbangan sedang dibuat untuk meluluskan lessen perjudian bolasepak sempena kejohanan Bola sepak Piala Dunia yang akan datang ini.

HUJJAH BELIAU

Beliau dirakamkan oleh akhabar tempatan berkata :

“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).”

BANTAHAN & RASIONAL

Pegeluaran lesen atas alas an untuk mengawal dan mengethaui jumlah wang pertaruhan adalah tertolak di sisi Islam. Sesebuah kerajaan dan pemimpin mestilah lebih kreatif dan bertanggungjawab dalam mencari jalan mengawal perjudian gelap.

Kawalannya bukanlah dengan memberi lesen kerana itu hanya akan lebih memakmurkan gejala tersebut. Tetapi KAWALAN adalah dengan memperkenalkan teknik banteras, hukuman lebih keras dan tahap efisyen yang lebih kemas bagi memerangkap mereka yang terlibat.

Namun apabila lesen diberikan, ia jelas merupakan satu galakan kepada kaki judi dan seterusnya seolah-olah memberi mesej bahawa:

‘Kerajaan ingin tumpang sekaki dalam perjudian mereka”

“Kerajaan ingin turut merasa sedikit imbuhan hasil perjudian mereka yang berjudi, so jika lebih ramai berjudi, lebih baik kepada kerajaan akan mendapat sesuatu”

ANALOGI

Ia seolah-olah kerana kerajaan ingin menbenarkan benda yang tidak benar.

Bolehkah atas alasan mengetahui jumah sebenar & mengawal MAT REMPIT yang berempit di atas jalan raya secara haram, maka KERAJAAN MEMPERTIMBANGKAN PEMBERIAN LESEN MEREMPIT kepada mat rempit di atas JALAN RAYA AWAM. Semua mat rempit mestilah mendaftar dan membayar yuran untuk merempit di atas jalan raya. Bukan LESEN UNTUK merempit di trek lumba dan IA IBARAT memberi LESEN untuk terus merempit di JALAN RAYA.

Merempit di jalan raya awam banyak mudaratnya kepada mat rempit itu sendiri dan juga orang awam. Demikian juga kesnya membenarkan perjudian bola sepak ‘gelap’ untuk dijadikan ‘terang’ tetapi tetap di atas laluan yang memudaratkan orang awam.

JUSTERU

Kerajaan yang bertanggungjawab MESTILAH sentiasa mengurangkan aktiviti negatif di kalangan rakyat, bukannya meraikan dan meluluskannya.

Sedarilah, perjudian hanya akan menjerumuskan rakyat di dalam :-

a- Kancah hutang dan masalah kewangan lebih serius. Kita bimbang kecenderungan masyarakat Malaysia yang sukakan skim cepat kaya, yang sering diserbu, diharamkan DAN DISITA oleh kerajaan. Namun peliknya, kini kerajaan seolah ingin membenarkan skim tersebut, perjudian adalah salah satu jenis skim cepat kaya, yang sering membawa kayap.

b- Seterusnya membawa kepada masalah dan krisis rumahtangga. Pergaduahan suami isteri, anak mencuri duit ibu ayah untuk berjudi, suami curi duit isteri dan sebagainya,

c- Kita bimbang, hasil lesen yang diberi, kanak-kanak akan turut serta dalam perjudian khususnya secara online. Dan tiada sesiapa boleh menghalang kerana lesen telah diberi oleh kerajaan dan perbuatan itu tidak lagi dianggap satu kesalahan.

d- Masyarakat tidak progresif kerana menjadi lalai untuk meneka dan bertaruh serta menonton bolasepak secara berlebihan. Kalau dulu penonton hanya ‘exited’ untuk melihat pasukan yang disokong, kini, bakal menjadi begitu obsess dan tertekan kerana keputusan perlawanan melibatkan wang yang ditaruh.

e- Mendorong rakyat memfokuskan kepada perolehan keuntungan secara cepat tanpa skill, namun akhirnya kerugian sahaja yang lebih kerap menjelma. Manakan tidak, dalam perjudian, peratusan pihak yang menang sentiasa lebih kecil berbanding yag kalah. Bermakna, jika seorang menang dan bergembira atas kemenangannya, yang kalah mungkin 1000 orang yang berduka cita. Dukacita tersebut mungkin tidak berhenti di situ malah berturutan kepada masalah lain, ibarat ‘domino effect’.

f- Kesan buruk kekalahan; kekalahan boleh yang menyebabkan kemarahan, memandu berbahaya di jalan raya, pergaduhan di dalam rumahtangga, kesan psikologi di tempat kerja menyebabkan kurang produktiviti, mungkin dikejar ‘ALONG’ kerana berhutang dengan along untuk berjudi.

g- Pemberian lesen itu seolah menjolok sarang Syaitan, kerana kemungkinan ada indifidu yang tidak begitu terdorong untuk berjudi kerana merasa sukar dek kerana ia merupakan aktiviti gelap dan salah dis isi undang-iundang. Namun akibat lesen tersbeut, dorongannya semakin kuat dan dipermudah.

NASIHAT

Buat menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah tegahan Allah :

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ““Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya” ( Al-baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya:

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Justeru itu, saya amat berharap agar Menteri Agama dapat segera memberi panduan dalam hal ini. Jika Menteri Agama sependapat dengan Timbalan Menteri Kewangan, kami sekalu ahli akademik sangat ingin mendengar dan membaca justifikasi dan dalil serta hujjah keharusan tersebut JIKA tiba-tiba Menteri Agama atau mana-mana Mufti bersetuju dengan tindakan itu.

Perlu difahami, hujjah maslahat TIDAK BOLEH digunakan sama sekali dalam hal yang JELAS BERTENTANGAN dengan teks Al-Quran dan Hadis. Tiada maslahat dan tidak termasuk di dalam Maqasid al-Shariah dalam mengharuskan perjudian untuk masyarakat.

Oleh kerana isu perjudian adalah isu ‘Qat’ie di dalam Islam, saya AMAT BERHARAP pihak Salafi, Wahabi, Ahbash, Tradisional Pondok, Tarekat Sufi, Syiah, ahli akademik universiti, tabligh dan semua pihak agar tampil menyatakan pandangan dan bantahan mereka. Paling minima di blog dan website rasmi mereka. Jangan hanya berselisih dan berdebat bertahun-tahun dengan begitu kreatif, tetapi SENYAP SUNYI tanpa kenyataan umum dalam hal sebegini.

Disebutkan di dalam kaedah Fiqhiyyah yang dicatatkan oleh Al-Imam As-Sayuti Al-Shafi’i:-

Ertinya : Tidak diingkari dalam hal yang diperselisihkan (ijtihad ulama), namun sesungguhnya keingkaran (bantahan) adalah pada perkara yang disepakati (haramnya)( Al-Asbah wa Al-Nazair, kaedah no 35, hlm 292 )

Tanpa syak lagi, perjudian adalah tergolong di dalam perkara yang disepakati secara ijma’ berkenaan pengharamannya. Justeru, bantahan kita dan para ulama terhadapnya adalah SANGAT PERLU.

Jangan biarkan hanya orang politik berkata, kerana apabila orang politik berhujah dan berkata-kata, mereka akan sering dilihat sebagai bermotif politik. Kita perlu mereka yang lain juga agar bersuara, supaya Allah meredhai usaha kita.

petikan ini dipetik daripada sumber : zaharuddin.net

Tuesday, May 4, 2010

UTM sedia basikal percuma

JOHOR BAHRU 27 April - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menyediakan basikal percuma di kawasan kampus untuk kegunaan orang ramai serta kakitangannya sebagai usaha mewujudkan kampus bebas kesesakan.


Naib Canselor UTM, Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, ia dilihat sebagai satu langkah proaktif yang mampu mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan kampus akibat pertambahan bilangan kenderaan.


Beliau berkata, pertambahan jumlah kenderaan turut menyukarkan kakitangan serta mahasiswa UTM untuk mendapatkan tempat letak kereta apabila mereka bergerak dari satu bangunan ke bangunan lain.

"Pada masa ini kita mempunyai 40 basikal untuk digunakan semua pihak sekiranya ingin bergerak dari satu bangunan ke satu bangunan berhampiran.


"Melalui kaedah ini kita dapat mewujudkan suasana bebas kesesakan dan pada masa yang sama dapat menjadikan UTM sebagai kampus yang lebih bersih," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.


Zaini berkata, idea berkenaan berasal dari Copenhagen, Denmark dan dibawa ke sini kerana ia merupakan langkah paling efisien untuk membantu mengurangkan kesesakan.


Beliau berkata, selain mengurangkan kesesakan, ia juga sebagai usaha menggalakkan kakitangan serta penuntut UTM menjalani gaya hidup lebih sihat dalam suasana yang lebih kondusif.


"Selain basikal, kita juga menggalakkan para mahasiswa serta kakitangan berjalan kaki sekiranya ingin bergerak ke kawasan berdekatan bagi membantu menjayakan program berkenaan," katanya.


Zaini berkata, UTM juga merancang menambah bilangan basikal kepada 300 unit pada masa akan datang untuk memastikan rancangan mewujudkan kampus bebas kesesakan itu berjaya.


dipetik daripada ARKIB UTUSAN MALAYSIA 28 APRIL 2010

'Kafir bangga' hina Islam di Facebook, Youtube

Assalamualaikum,


Satu laman web Facebook seperti alamat berikut yang menggunakan 'ID' ataua nama samaran 'Kafir Bangga' telah menghina kesucian agama Islam melalui kenyataannya seperti di bawah:

'Israk & Mikraj Aku masih tak boleh faham macam mana manusia yang berakal boleh percaya akan cerita yang sebegini bodoh.'

Dari kenyataan tersebut secara jelas beliau menghina persitiwa Israk & Mikraj yang terdapat di dalam Islam.

Beliau juga telah mencipta sebuah klip video bagi menghina persitiwa Israk & Mikraj dan seterusnya menghina Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Beliau juga secara bangga mencabar pihak berkuasa menahannya melalui kenyataannya:

Kafir Bangga
eh, suka hati aku lah nak buat video. memang aku nak mempengaruhi orang lain. kau tau tak betapa susahnya aku nak hidup sebagai seorang murtad? orang islam di negara ni dah banyak menjahanamkan kehidupan manusia yang tidak bersalah. jadi aku rasa, aku ada hak untuk menyatakan kebenaran."

Kafir Bangga
aku pun harap polis dan jabatan agama islam jumpa video aku.

Kafir Bangga
jabatan agama islam campak orang2 murtad dalam 'pusat pemulihan' takda pulak kau nak kata menyentuhi sensitiviti agama. nak campak aku dalam ISA? campak arh! hahaha... tapi kena cari aku dulu la.
pergi talipon polis. pergi.... tekan 999. lepastu kata "encik, ada orang buat video youtube.". tak ka bodoh bunyinya?

Demi maruah dan kesuciaan Islam yang juga merupakan agama rasmi Persekutuan Malaysia, maka saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas beliau.

Monday, May 3, 2010

NIAT TAUBAT MENUKAR ARAK MENJADI MADU


Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.

Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh
Allah s.w.t. seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.

Allah Taala berfirman:, "Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.


Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "

EKSPEDISI KE TASIK BANDING (ROTU18UTM)

Assalamualaikum & salam sejahtera...

3 tahun dalam latihan bersama PALAPES,ni lah kali terakhir program ekspedisi ke luar sebagai pegawai kadet. Walaupun tak ramai yang turut serta tapi Alhamdulillah dapat juga program ni dilaksanakan. Ekspedisi bermula pada 26hb April 2010 setelah bertolak dari Markas PALAPES UTM dengan kekuatan anggota 21 orang dan diiringi oleh Kapten Andy, Kapten Ismadi, Lt. M Syawal dan En. Asri (RSM UTM). lebih kurang jam 6.30pm, tayar bas pun bergolek menuju ke destinasi..

Lebih kurang 11jam perjalanan,akhirnya sampai jugak kat jeti awam Tasik Banding kira-kira jam 5.30am 27hb April 2010. Terpaksa la tunggu di sana sampai pukul 7.30am sebab bot belum sampai. Solat Subuh pun di jeti tu la, yang perempuan dapat tumpang solat kat pondok polis jeti. Lebih kurang jam 7.30am Mejar Kubera, wakil dari kem 303 Rejimen Sempadan datang menjemput kami bersama anggotanya. Lebih kurang 30minit sampai lah kami di Pulau Sri Undangan kat Tasik Banding tu.
Pada jam 11.00am, Mejar Kubera memberi aluan selamat datang dan sedikit cerita latar belakang sejarah pulau ni. Lepas tu, kami dihidangkan dengan sarapan pagi dan minum pagi. Bagi yang tak tahan tengok tasik tu terus keluarkan joran masing2. tengah panas pun dah tak peduli. Sesi aktiviti kami diteruskan dengan jungle tracking pada jam 2.30pm (1430). Memang lain daripada yang lain la tracking kali ni sebab kami boleh cabut pokok tongkat ali untuk bawa balik.kami jugak ikut laluan Orang Kuat (GAJAH) sepanjang trek mendaki bukit tu. kebetulan pulak hujan turun, memang seronok la sampai ada yang menggelungsur turun bukit. Sebelum pulang ke pulau kami sempat dipertontonkan demonstrasi survival (bagaimana nak masak nasi dan lauk dalam buluh, tumbuhan yang boleh dimakan dalam hutan, jenis2 pondok dan beberapa jenis jerangkap binatang).

Boleh dikatakan rutin tetap kami di sana ialah mandi tasik, main kayak dan berakit. itu la yang dibuat tiap2 masa yang free. Hari berikutnya (28hb April 2010) kami meneruskan aktiviti dengan aktiviti berkayak dan berakit. Bagi kedua-dua acara ini, kami dibahagikan mengikut kumpulan ( 2 orang 1 kumpulan bagi acara kayak dan 4 orang 1 kumpulan bagi berakit). Acara ini dijadikan pertandingan bagi menguji kerjasama dan strategi setiap kumpulan. Antara lain yang dijalankan ialah Water Confidence iaitu kami dikehendaki berenang berpandukan seutas tali yang telah diikat oleh para urusetia.

Acara pada hari terakhir adalah antara yang menarik iaitu melawat ke perkampungan orang asli di sebuah pulau di sana. Melihat kehidupan masyarakat di sana yang serba daif memberi pengajaran dan motivasi kepada kami. Masih ada warga negara Malaysia yang nasib mereka seperti itu. Adakah selama ini tiada pembelaan atau mereka sendiri yang selesa dalam keadaan begitu.Sempat juga berinteraksi dengan mereka di samping belajar menyumpit. program habis kira-kira jam 12.00tengahari dan kami bertolak pulang ke UTM pada jam 2.00pm.

Biarpun program yang singkat sebegini dan penyertaan yang kurang daripada sasaran sekurang-kurangnya ada ilmu dan pengalaman baru yang dapat kami pelajari di sana. Dengan program sebegini juga kita dapat kenal siapa rakan, siapa kawan dan siapa sahabat. Bukan semua orang disekeliling kita ini boleh dijadikan kawan, rakan atau sahabat biarpun pada zahirnya mereka nampak seolah-olah senang bekerja dengan kita. Apa yang diharapakan ialah ukhwah yang dibina selama ini akan terus berkekalan atas landasan Islam.

Wallahua'lam