Thursday, January 21, 2010

PILIHAN RAYA KAMPUS...

Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera semua...
Bahang pilihanraya kampus (PRK) kian terasa di keseluruhan ipt di Malaysia..
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) telah mendahului ipt2 yang lain apabila telah selesai mengadakan prk pada 17hb Januari 2010 yang lalu dengan majoriti memihak kepada Pro Mahasiswa sebanyak 11 kerusi daripada 12 kerusi yang dipertandingkan keseluruhannya. Ini membuatkan Pro M telah berjaya membentuk kabinet bagi MPM UMT sesi kali ini.
buat ipt2 yang lain jugak masing2 sedang sibuk dengan gerak kerja masing2 dalam menghadapi prk dalam masa terdekat ni. saya nak ingatkan lah supaya jaga etika2 dan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa dan jangan lupa pada matlamat asal kita di sini.
UTM pula akan menghadapi PRK pada hari khamis depan iaitu 28hb Januari 2010. Penamaan calon akan diadakan pada 25hb Januari 2010 bertempat di Dewan Jamuan, Bangunan Pentadbiran..
Tunaikan lah tanggungjawab kita semua.. berikan kuasa kepada mahasiswa..

Monday, January 18, 2010

Rumput Cantik & Orang Tersayang


Pada suatu hari di sebuah sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang.

Pelajar: " Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yg terbaik sebagai orang yg paling kita sayang? macam mana nak jaga kasih sayang tu supaya berkekalan?"

Cikgu: " OK, kamu ikut apa yg cikgu suruh. Kamu pergi ke padang bola. Kamu jalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali. Dan petik rumput itu, bawa ke dalam kelas."

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.

Cikgu bertanya: "kenapa tiada rumput yang dipilih?"

Pelajar: " Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yg paling cantik. Memang ada banyak yg cantik tapi cikgu cakap petik yang paling cantik, maka saya terus la berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi. Tapi bila sampai di hujung padang saya tak jumpa yg paling cantik. Mungkin ada di antara rumput di belakang saya tadi yg paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh toleh ke belakang semula, jadi tak ada lah rumput yg boleh saya petik."

Cikgu: " Ya, itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yg kita sayang, hargailah dia seadanya. Jangan menoleh untuk mencari yang lain.


begitu la cerita bagaimana nak cari seseorang yang kita paling sayang. Mungkin mereka ada disekeliling kita walaupun kita tak sedar. tapi hargailah mereka seadanya kerana sukar untuk mencari ganti seseorang yg kita sayang.

Monday, January 4, 2010

PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH ORANG KAFIR....

Assalamualaikum w.b.t
baru-baru ini kita digemparkan dengan khabar berita tentang keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya... tambahan pula kita selaku umat Islam semangnya tertampar dengan keadaan ini kerana apa yang kita tahu Allah adalah Tuhan yang kita sembah..
Dala, kekecohan ini,maka banyak lah pihak yang tampil menyatakan pendirian mereka dan keprihatinan mereka selaku umat Islam yang marah dengan perkara tersebut..
Tidak terkecuali lah ikon-ikon besar tanah air yang selama ini tidak menampakkan mereka ini memperjuangkan Islam tetapi tiba-tiba tampil sebagai hero yang memperjuangkan Islam..
Kita amat puji sikap prihatin dan kepekaan umat Islam yang sensitif dengan agama kita tetapi adakah kita hanya prihatin kalau Islam itu dihina daripada golongan kafir??? Bagaimana jika umat Islam sendiri yang menghina Islam???
memetik artikel yang dikeluarkan dalam Harakahdaily.net pada tarikh 04 Jan 2010 yang bertajuk "Allah,NamaMU Ku Sayang,HukumMu ku terajang"

Hari ini media-media arus perdana yang pro-kerajaan dipenuhi berita kebimbangan pemimpin-pemimpin parti politik Malaysia dan NGO Islam dengan implikasi keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Antara yang bersuara ialah ketua sayap pemuda dan wanita Umno, Timbalan Presiden Pas dan mantan PM, Dr Mahathir.

Apabila yang lantang mempertahankan nama Allah ialah Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Abdul Jalil dan Dr Mahathir, ia mengundang sedikit rasa kagum dalam diri saya. Saya kagum dengan gambaran ketaatan dan kasih sayang mereka kepada Allah hingga seolah-olah ingin melakukan apa saja bagi mempertahankan nama Allah dan darjat Islam.

Saya kagum kerana Shahrizat yang rambutnya separuh telanjang dan seperti Muslimah yang tidak lengkap berpakaian mengikut norma Islam itu, rupanya sangat sayang kepada Allah. Selama ini saya beranggapan bahawa mereka yang tinggi kecintaannnya kepada Allah akan cuba menampilkan dirinya supaya sentiasa kelihatan seperti orang yang taat kepada perintah Allah. Bukan saja dia perlu menjaga ibadahnya tapi juga etika berpakaian dan pergaulannya. Tapi rupanya ada pengecualiannya. Shahrizat walaupun tidak menggambarkan dirinya sebagai Muslimah yang patuh kepada ajaran Allah, rupanya masih sayangkan Allah.

Begitu juga dengan Dr Mahathir. Mahathir semasa berkuasa dahulu terkenal dengan kelancangannya yang mengkritik hukum Allah, terutama hudud. Beberapa ucapan pedas dan sindiran tajamnya terhadap hukum Allah tidak mungkin dilupakan oleh umat Islam negara ini. Malah, kritikan terhadap hukum Allah juga turut disuarakan pemimpin-pemimpin Umno lain, termasuk Pak Lah dan Najib Tun Razak. Antara beberapa ucapan yang menghina hukum Allah yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin Umno ialah:

i) "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama".(Dr. Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)

ii) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 14.7.1992)

iii) "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".
( Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak : 20.4.1993)

iv) "Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud". (Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994)

v) "Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum (hudud) yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" (Dr Mahathir Mohamad, 3.3.1994)

vi) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 3.3.1994)

vii) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Dr. Mahathir b. Mohamed : 4.8.1994)

viii) "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam"(Dato' Seri Mahathir Mohamad, 14.4.1994)

ix) "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain, akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" (Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5.9.1997)

x) "Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur". (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13.11.1999)

Ketika Dr Mahathir dan Pak Lah menjadi PM dahulu, sayap Pemuda dan Wanita Umno serta NGO Melayu pro-Umno tidak pernah melakukan bantahan apabila pemimpin-pemimpin kesayangan mereka pedas mengkritik hukum Allah. Jika hari ini Najib sendiri yang menyatakan beliau menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan nama Allah itu, saya sangat yakin Pemuda dan Wanita Umno tidak akan menyalahkannya. Gambar Pemuda Umno Pulau Pinang mengangkat tangan seolah-olah marah (tapi kebanyakannya nampak relax sambil tersenyum) seperti tersiar di muka depan akhbar Mingguan Malaysia hari ini tidak akan kelihatan jika Najib bercakap senada dengan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Jika UMNO hendak buat bising dalam isu ini, meraka sudah memulakan sejak Dr Mahathir menghina hukum Allah hampir 20 tahun dulu lagi. Mereka juga boleh buat bising apabila Najib meluluskan 10 lesen judi beberapa bulan lalu yang jelas bertentangan dengan hukum Allah. Tapi mereka diam apabila hukum Allah dipermainkan pemimpin mereka kerana mungkin hendak menjaga periuk nasi sendiri.

Begitulah apabila menyebut nama Allah tidak boleh tapi mengingkari perintah Allah dan mempermainkan hukumnya tidak apa. Nama Allah kononnya sayang, tapi hukum Allah depa terajang.

http://pendikargunung.blogspot.com/