Sunday, April 25, 2010

Kursus Induksi MPMUTM


Alhamdulillah...
Selesai sudah Kursus Induksi MPM UTM yang telah diadakan selama 3hari 2malam bermula 22hb April 2010 hingga 24hb April 2010 bertempat di Rompin Beach Resort. Seramai 31 orang MPMUTM dapat serati kursus ni dah selebihnya ada komitmen lain yang x dapat dielakkan.

Banyak jugak la pengisian yang dapat masa kat sana. Antara yang paling best ialah pendekatan minda separa sedar (NLP-Neuro Linguistik Programming). Pendekatan ni dibawa oleh PM Dr. Syed Mohamed Shafeq Bin Syed Mansor (lebih glamor dengan nama Pak Beb). Pak beb ni merupakan Timb. Pengarah PKK UTMIC,Kuala Lumpur.

Dalam beberapa slot dengan pek Beb ni banyak perkara dan ilmu baru yang dibawa. Antaranya Bagaimana mengenali diri dan orang lain, membina keyakinan pemimpin dan komunikasi separa sedar. Ada la jugak ujian2 yang dijalankan antaranya Ujian Personaliti CREDO, TAJMA dan Rahsia disebalik tarikh lahir. Tapi yang x bestnya macam mana semua ujian tu hasilnya gagal. pelik gak,orang lain ok ja. boleh jadi ada krisis personaliti la ni. Antara lain yang best ialah menembusi kentang dengan straw dan berdiri atas telur. bunyi macam tak logik tapi kalau kita tengok dari sudut fizik pun memang boleh. Cuma kita ja tak yakin,sebab tu susah.

Selain daripada slot motivasi dengan Pak Beb ni, MPM juga telah mengadakan sesi perbahasan dan perbincangan berkenaan Visi.Misi dan Objektif organisasi disamping pembentangan program MPM sepanjang tahun. Walaupun pada pendapat peribadi katakan sesi ni kurang diberi fokus sebab perbincangan VMO ni sepatutnya diberi keutamaan memandangkan ianya merupakan garis panduan atau KPI yang nak dicapai dalam organisasi. Tapi Alhamdulillah la dapat juga capa persetujuan dan persepakatan semua dalam meletakkan VMO MPMUTM.

Harapnya lepas ni, ukhwah organisasi MPM bertambah erat disamping gerak kerja MPM lebih mantap dan tersusun disamping tak lari daripada matlamat kita. Apa yang kita dapat sepanjang kursus ni manfaatkan lah sebaiknya. Yang baik jadikan ikutan,yang buruk jadikan sempadan. Gunakan lah pengetahuan kita telah hebat dan lemah kawan2 kita ni sebagai kekuatan organisasi,bukan jadikan alasan untuk kita lemah dalam bekerja. Jangan jadikan apa yang kita tahu tentang rakan kita ni sebagai target untuk melemahkan dia.

Selamat bercuti bagi warga UTM yang bercuti, selamat bekerja bagi mereka yang ada LI, selamat bertugas bagi mereka yang masih ada kerja.. Akhir kata, semoga selamat di bawah lembayung rahmat dan penjagaan Allah Taala..
Wallahu'alam~








Sunday, April 18, 2010

Seminar Ekonomi Islam

Seminar Ekonomi Islam

Tempat: Madrasah Az Zubaidiyah (Balai Islam) Merbok, Kedah
Tarikh: 24 April 2010 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 6.00 petang
Pendaftaran: RM 100.00

Pembentang:

1. Sahibus Samahah Prof. Madya Dato' Sheikh Muhammad Baderudin Hj Ahmad
Mufti Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

2. Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hj Hanafi
Dekan Syariah Kolej Universiti Insaniah (KUIN)

3. Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim
Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM)

4. Prof. Madya Dr. Atikullah Hj Abdullah
Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM)

* Maklumat Lanjut boleh hubungi;
1) Amir 013-4443243
2) Sa'ade 019-5906090
3) Zahir 013-4580159
4) Zamri 019-4524807

SELESAI SUDAH.....

Alhamdulillah..... perjuangan berhempas pulas selama 1 sem akhirnya selesai petang tadi..
Paper last exam (ekonomi kejuruteraan SHD 4142) petang tadi telah menutup tirai semester 6...
waaahhh...dh nak naik tahun 4...makin mengerikan bunyi nya tuu...
yang lepas biarlah lepas..(xnak fikir lagi subjek2 yg dh lepas)..nak rehat otak dlu sat..
sambil2 rehat otak, banyak lagi kerja & tugas yang belum selesai..(so, rehat otak ja la, kaki tangan still jalan gak la camni)... bagi rakan2 yg belum habis lagi tu teruskan la study..yang dh lama hanbis exam...no komen la..
apa2 pun perjuangan masih belum selesai,perjalanan masih lagi panjang..
wassalam..

Friday, April 16, 2010

Terima Kasih Warga UTM

Asssalamualaikum dan selamat sejahtera

Saya selaku wakil Jabatan kebajikan dan Pelestarian Kampus MPM UTM ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan anda semua dalam menghulurkan bantuan kewangan kepada mangsa kes rompakan tempoh hari..

Pada pagi tadi kira-kira jam 11 pagi (Jumaat-16 April) telah diadakan sesi penyerahan wang sumbangan kepada mangsa tersebut bertempat di pejabat Timb Naib Canselor HEMA yang turut dihadiri oleh Cik Norazlin dan 5 orang wakil MPM (Rajab, Miqdad, Ku Muhyi, Amirul dan Umi Kalsom). Sumbangan daripada mahasiswa dan warga UTM itu diserahkan sendiri oleh Prof. Mohd Tajudin Ninggal.

Kita harapkan sumbangan yang tak seberapa itu mampu sedikit sebanyak membantu keluarga beliau dan sama-sama kita doakan agar mereka diberi kesejahteraan hidup oleh Allah Taala..

Tuesday, April 13, 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA PERKHIDMATAN MAKANAN UTM- Pelanggan dan Pengguna

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada 13 April 2010 jam 9.00 pagi telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perkhidmatan Makanan UTM- Pengguna dan Pelanggan bertempat di Bilik Mesyuarat Kolej Tun Fatimah (KTF). Mesyuarat yang dianggotai oleh wakil Pejabat HEMA, Pejabat Harta Bina (PHB), Pusat Kesihatan, Pengusaha kafeteria dan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) ini telah membincangkan beberapa isu. Antaranya:

1) Isu kebersihan merangkumi makanan,tempat penyediaan makanan, sistem perparitan dan tempat pengumpulan sampah.
2) etika pemakaian bagi pengendali dan pengusaha makanan.
3) Penggunaan bekas plastik menggantikan polisterina.
4) Harga syiling makanan, minuman dan perkhidmatan.
5)
Penggredan gerai dan kafeteria.

Perbincangan selama hampir dua jam ini telah memberikan beberapa keputusan. Antaranya:

  1. Kebersihan makanan dan tempat penyediaan makanan adalah tanggunjawab pengusaha makanan dan pemantauan akan dijalankan oleh pihak Pusat Kesihatan secara berkala.
  2. Berkenaan masalah sistem perparitan yang tersumbat (arked Meranti), aduan telah dibuat oleh pihak pengusaha beberapa kali termasuk tahun2 sebelum ini tetapi belum pernah ada penyenggaraan dibuat sehingga kini. PHB diminta agar menyelesaikan masalah ini segera. sistem perangkap minyak dan sampah disenggarakan oleh pengusaha kafe (4x sehari).
  3. Tong sampah besar ditambah sebanyak dua unit (di Arked Meranti) memandang tong sedia ada tak mampu menampung kapasiti beban sampah.
  4. Berhubung isu etika dan tatacara pemakaian sesetengah pengusaha makanan, dibangkitkan oleh MPM. PHB akan memberi pekeliling kepada semua pengusaha untuk mematuhi etika pakaian dan pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa.
  5. Berkuatkuasa 1 MAc 2010, semua pengusaha makanan diarahkan untuk menukarkan penggunaan polisterina kepada bekas plastik. Harga tetap untuk 1bekas plastik adalah 30sen. (sekiranya masih ada yang jual mahal atau masih guna polisterina, sila laporkan kepada MPM)
  6. Harga syiling makanan,minuman dan perkhidmatan telah dipersetujui sebelum ini dan masih digunapakai. Tetapi pihak pengusaha minta untuk adakan semakan semula terhadap harga syiling ini secara berkala( 2 @ 3 bulan sekali) memandangkan harga bahan mentah berubah mengikut pasaran semasa.
  7. Pemantauan dan Penggredan kafeteria dan gerai telah dijalankan tetapi tidak dipamerkan untuk makluman pengguna. Kami di pihak MPM akan terus menggesa agar gred kafe dipamer dihadapan gerai dan kafe supaya pengguna dapat menilai kualiti makanan dan servis yang dibekalkan.

Terdapat juga beberapa perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat ini antaranya ialah berkenaan sistem aduan. Aduan mahasiswa boleh diajukan terus kepada Jabatan Kebajikan dan Pelestarian Kampus (JKPK) MPMUTM untuk tindakan lanjut.

Antara lain terdapat cadangan untuk menjadikan kawasan parking hadapan Arked Meranti sebagai kawasan makan tambahan.( masih dalam cadangan).

Selepas selesai mesyuarat,turut diadakan lawatan ke sekitar kafeteria KTF dan Arked Meranti.
Walaubagaimanapun, fokus pada kali ini lebih kepada isu di arked Meranti dan kafeteria KTF. Insyaallah di arked2 lain akan ada juga lawatan dan pemantauan dari semasa ke semasa.
Dari pihak MPM,kami ingin menyarankan kepada semua mahasiswa sekiranya ada sebarang aduan,komen untuk penambahbaikan adalah amat dialu-alukan.















KU ABD MUHYI BIN KU ABD HAMID
JABATAN KEBAJIKAN DAN PELESTARIAN KAMPUS
MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UTM
kumuhyi.mpputm@gmail.com



Tuesday, April 6, 2010

KHIDMAT PENGHANTARAN BARANG DAN MOTOSIKAL SEMPENA CUTI SEMESTER

Program Lambaian Menara Gading 2010


Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM, STAM dan Matrikulasi.

Hubungi Izwan : 0134618058.

PERCUMA(makanan n bahan disediakan).

Antara pengisian-pengisian yang menarik:

Perkongsian bersama bekas penuntut luar negara & timur tengah, penuntut Ijazah & Diploma, penuntut Matrikulasi, LDK dan sebagainya.



Anjuran Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA)
dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah

DENGAN KEYAKINAN…


Memang benar seperti yang diberitahu oleh Rasulullah SAW, pada akhir zaman orang yang hina (justeru jauhnya hubungan mereka dengan Allah) diangkat dan dimartabatkan ke darjat yang mulia.

Manakala orang yang mulia (kerana akrabnya dengan Allah serta sangat menjaga hukum-hakamNya) telah dianggap hina. Hanya jauhari mengenal manikam – orang yang beriman juga yang menghargai mujahid, syuhada’ dan para solehin.

Justeru, ketika nama dan harta mula melingkari hidupmu… mungkin ketika itu percikan-percikan api jahiliyah mula membakar jiwa mu. Cinta dunia itu kepala segala kejahatan. Bukan mudah untuk meletakan dunia di tangan, iman di hati. Dunia itu umpama gadis yang cantik, di samping kita menjaga agar orang lain tidak menodainya, kita sendiri harus menjaga diri ketika menjaganya.

Ya, berapa ramai orang yang lupa kita terlalu asyik mengingatkan? Berapa ramai yang lalai dengan Allah ketika begitu pantas dan tangkas mengucapkan kalimah cinta-Nya? Mereka hanya umpama tanah yang keras dan kering… mampu menakung air untuk memberi minum orang lain, tetapi hati sendiri gersang dan terbakar kerana kehausan!

Lalu aku ingin mengingatkan diriku dan dirimu… berhati-hatilah ketika berbicara tentang hati. Betapa banyak hati yang lalai kerana dihijab oleh limpahan peringatan. Umpama anak benih yang mati “kelemasan” kerana terlalu banyak disirami air! Atau lilin yang membakar diri… kononnya untuk menerangi orang lain!

Dunia yang diselubungi hedonisme dan materialisme ini tidak sudi berpaling kepada para muttaqin. Dan mereka yang berpegang pada sunnah, akan semakin dilihat asing. Terpinggir. Terpencil… malah dibenci oleh umat Islam sendiri. Para daie yang ikhlas, tidak bermuka-muka… terus bekerja tanpa menggamit nama dan biaya. Mereka hanya mendapat kebahagiaan ketika bekerja tanpa diketahui oleh yang lain. Marilah kita berdoa untuk para mujahidin di seluruh dunia, yang ketika ini sedang dihenyak, dibelasah dan disekat oleh pelbagai tribulasi dan mehnah.

Sesungguhnya, apa yang kita deritai kerana jalan Allah ini… tidak secubitpun jika dibandingkan dengan kesusahan mereka. Berdoalah untuk mereka… agar diberi taqwa, sabar dan kebijaksanaan serta keberanian dalam menghadapi pejuang syaitan (fisabilitthagut). Mudah-mudahan satu ketika nanti, kami yang kerdil ini mampu menyusul dan menyusur jalan-jalan mulia yang kau telah rentas itu.

Untuk mu pengunjung blog, izinkan aku menguruskan beberapa cabaran ketika ini. Insya-Allah, akan menyusul nanti entri yang lebih serius dan menjurus. Namun, sebelum berpisah terimalah dariku sekadar dua tulisan ini sebagai “selingan”.

Bagi mereka yang begitu beria-ria untuk ke hadapan… milikilah dulu jiwa yang kental. Sesungguhnya persediaan akan memantapkan bakat. Kesabaran akan meningkatkan minat. Menulis itu memerlukan keyakinan bukan hanya keringat!

i) PEDANG SAYIDINA ALI

Sayidina Ali punya pedang yang begitu digeruni oleh musuh-musuhnya. Pedang yang bernama Zulfaqar itu sentiasa dibawa bersamanya dalam peperangan-peperangan dengan orang kaum musyrikin. Dan setiap kali membawa pedang itu, Sayidina Ali berjaya mengalahkan musuhnya. Berita tentang kehebatan pedang itu sampai kepada seorang lelaki. Dia juga seorang pejuang Islam. Tertarik dengan berita kehebatan pedang itu, lelaki itu pun datang menemui Sayidina Ali dan berkata,” tolong pinjamkan aku pedang mu yang hebat itu.” Tanpa banyak bicara Sayidina Ali pun meminjamkan pedang itu kepada lelaki tersebut. Lelaki itu sangat gembira. Apabila sahaja terjadi peperangan, dia pun pergi dengan membawa pedang itu sekali. Dia ingin merasai sendiri kehebatan pedang Sayidina Ali itu.

Tidak lama kemudian perang pun tamat. Lelaki itu pulang dengan pedang yang dipinjamkan oleh Sayidina Ali itu. “Nah, ambillah kembali pedang ini,” katanya sebaik menemui Sayidina Ali. “Bagaimana, hebat tak pedang ini?” tanya Sayidina Ali. “Ah, biasa-biasa sahaja. Jika aku tahu begini, tak akan aku pinjam pedang ini daripada mu. Mengapa pedang ini tak sehebat yang diceritakan?” “Kau hanya meminjam pedang, tetapi kau tidak “meminjam” tangan yang memegang pedang itu!” kata Sayidina Ali.

Pengajaran:

Kekuatan utama manusia bukan kepada alat-alat yang digunakannya, tetapi pada dirinya sendiri. Teknologi yang canggih hanya akan membawa kebaikan jika manusia yang menggunakannya memiliki hati yang bersih dan fikiran yang bijak. Di tangan orang yang dungu, teknologi walau secanggih mana pun tidak akan dapat digunakan. Manakala di tangan orang yang jahat, teknologi hanya akan membawa seribu satu kejahatan dan kehancuran.

ii) MISKIN HARTA, MISKIN JIWA

Seorang pendakwah menasihati seorang pengemis yang kelihatan sihat dan kuat untuk kerja yang sangat mengaibkan itu. “Saudara ku, berhentilah daripada menjadi pengemis. Kau masih kuat dan sihat.” “Apa? Saudara rasa kerja mengemis tidak memerlukan tenaga? Dalam satu hari puas saya berjalan ke hulu, ke hilir untuk memohon simpati orang. Kalau saya tak kuat masakan saya dapat menahan panas, hujan dan pelbagai cabaran cuaca ini,” jawab pengemis. “Kerja mengemis ini hina. Hilang maruah diri.” “Siapa kata hina? Inilah kerja yang mulia. Saya menjadi sebab orang lain mendapat pahala. Kekadang saya juga mendapat pahala sabar bila orang caci saya. Pahala syukur bila orang memberi sedekah. Hinakah itu? Saya juga berdoa kepada orang memberi sedekah kepada saya. Hinakah?” Pendakwah terdiam. Dalam diam dia berdoa. Rupanya pengemis itu bukan hanya miskin harta tetapi miskin jiwanya. Alasan untuk malas sentiasa ada. Kreatif betul tipuan syaitan.

Pengajaran:

Malas adalah satu dosa. Ramai yang tidak nampak hakikat itu. Pelbagai alasan diberikan untuk malas termasuk atas hujah dan dalil agama. Kepalsuan yang bersalut kebenaran bukan sahaja mampu menipu orang lain, tetapi paling malang… menipu diri sendiri!