Sunday, August 29, 2010


MAJLIS KESYUKURAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-53

FORUM "PALESTIN DAN KEMERDEKAAN"


30 oGOS 2010
(mula seawal 6.00pm hingga 11.00pm)
Masjid Sultan Ismail, UTM Johor Bahru


PANELIS:
Ustaz Hasanuddin Bin Mohd Yunus
Pengerusi Aqsa Syariff

Ustaz Dzul Khairi Bin Mohd Noor

Penasihat Konsultan Dakwah
Faqih Synergise

Semua warga UTM dijemput hadir ke majlis ini. Turut berlangsung ialah Majlis Penyerahan Tabung Derma Bersamamu Al-Aqsa kepada pihak Aqsa Syariff dan Aman PALESTIN.

Anjuran: MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UTM, dengan kerjasama Pej. Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni (HEMA), LifeLine For Gaza (LL4G)
, AMAN PALESTIN, Pusat Islam UTM dan Sekretariat Islam UTM.

Friday, August 27, 2010

MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t.berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya)Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah)kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda s.a.w.mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Wednesday, August 25, 2010


HIMPUNAN AIDILFITRI MAHASISWA DARUL AMAN

bersama
YAB Dato' Seri Azizan bin Abd Razak
MENTERI BESAR KEDAH

anjuran PERSADA KEDAH dengan kerjasama Pejabat EXCO Belia & Sukan

(13 September 2010, Raya ke-3, 9.00am-2.30pm)
Dewan Seri Mentaloon


HIMPUNAN RAMADHAN & MAJLIS BERBUKA PUASA
bersama
MENTERI BESAR KEDAH

DEWAN SIVIK, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
29 OGOS 2010


SEMUA MAHASISWA DARUL AMAN YANG BERDEKATAN DIJEMPUT HADIR!!!