Wednesday, April 20, 2011

ANTARA SABAR DAN MENGELUH

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...sekadar bingkisan perkongsian di pagi hari dalam masing-masing sibuk ulangkaji untuk 'final exam akan datang ni kan..curi-curi masa ambil kesempatan sekejap untuk update dalam blog ni. semoga apa yang dikongsi sikt sebanyak dapat bagi manfaat pada kita semua [^_^]

Sering kali dalam kehidupan seharian kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan. Jatuh sakit, kehilangan harta atau orang kesayangan, result exam rendah, prestasi akademik tak memuaskan dan macam-macam lagi. Samada berat atau ringan, susah atau senang, seketika atau lama, kita lah yang mencorakkan melalui bagaimana kita menerima ujian dan dugaan tersebut. Kadang-kadang apabila hati diruntuni bisikan syaitan, kita boleh terlupa dan terleka hingga kita sering mengeluh dengan ujian dan dugaan yang menimpa hinggakan takdir yang dipersalahkan. Kononnya dunia ni tak adil dengan kita. Pernah sedar atau tak, kalau kita kata dunia ni tak adil bermakna kita katakan bahawa ALLAH tu tak adil?? Nauzubillah..moga2 kita bukan orang seperti ni.

Sabar atau mengeluh? mana satu yang kita buat..kadang-kadang kita kata kita sabar, tapi dalam masa yang sama mulut sering mengeluh dengan apa yang berlaku.adakah mengeluh itu sifat orang yang sabar??? tepuk dada tanya lah iman. Di sini saya bawakan satu cerita untuk dikongsikan bersama tentang bagaimana sifat sabar itu lebih mulia berbanding mengeluh.

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab,

"Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan teladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi,:


"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,::

"Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap ALLAH, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah. Antara tips untuk sentiasa sabar dengan ujian ialah sentiasa ingat dan kembali kepada ALLAh bila kita dilanda musibah..perbanyakkan berselawat dan dekatkan diri dengan ALLAH.. sentiasa SENYUM [^_^] tatkala kita dilanda ujian, kerana senyum merupakan ubat yang paling mujarab dan cepat untuk menyembuhkan penyakit hati, nak nak lagi bila dah dekat dengan FINAL EXAM ni kan, sekecil-kecil masalah pun boleh jadi besar kalau kita tak uruskan dengan baik...InsyaALLAH, semoga apa yang dikongsi dapat dijadikan manfaat kita bersama..


Wallahualam...

[^_^]

Friday, April 15, 2011

Alhamdulillah...Akhirnya..


Assalamualaikum~

Bismillahirrahmanirrahim.... alhamdulillah, tarik nafas dalam sedikit lega lepas selesai lalui tempoh yang kritikal sebelum ni. Dengan PSM nya yang menimbun kerja, sampai seminggu x dapat nak merasa tidur malam. siang pulak tidur sejam dua ja pun. Alhamdulillah la akhirnya dapat jugak rasa rehat.

Tak ada apa2 yang menarik untuk berkongsi cerita kat sini, sekadar sikit-sikit cerita pasal PSM ni. Alhamdulillah, akhirnya siap jugak robot 'Unmanned Ground Vehicle (UGV). Robot ni merupakan adaptasi daripada robot pemusnah bom yang digunakan dalam ketenteraan dan kebanyakannya dah digunakan secara meluas dalam bidang ketenteraan mahupun bidang awam. Objektif robot ini ialah untuk bergerak di atas pelbagai permukaan dan bergerak melepasi halangan disamping dapat mengangkat dan mengalihkan barang yang berada di depannya.


ni dalam mode standby, tunggu dapat arahan ja nak gerak

full design robot ni

Robot ni juga dah pernah dibuat oleh mahasiswa FKE UTM pada sesi lepas iaitu saudara Muhammad Hafiz bin Mohamad tapi pada kali ni saya telah lakukan beberapa perubahan untuk robot ni. antaranya tukar guna DC Geared Motor untuk dapatkan torque yang tinggi. untuk robot yang sebelum ni tak da modulator arm dan kali ni saya tambah modulator arm (gripper) untuk angkat dan alih barang depan robot ni. Selain tu, ada lagi beberapa aspek lagi yg saya dah ubahsuai.

Antara keupayaan robot ni ialah boleh panjat halangan, alih barang, bergerak depan belakang kiri kanan dan pusing 360 darjah. robot ni jugak boleh angkat dan turunkan tayar depan. untuk dapatkan kelajuan yg lebih masa bergerak, tayar depan boleh diangkat. tapi semestinya la ada had-had dalam keupayaan robot ni, untuk angkat barang tu hanya barang yang ringan dan kecil saja boleh diangkat sebab servo motor, dan 'design' modulator arm tu hanya sesuai untuk yng ringan. selain tu untuk halangan dan x boleh lebih daripada 12cm sebab tayar depan xda motor nak gerakkan dia (bukan 4XWD la).

ni mode turunkan flipper-untuk turun halangan

nak naik halangan - jalan saja macam ni pun boleh, lagi laju

Nak dijadikan cerita, lepas ja present depan panel yang otai2 (Dr Zaharuddin, Dr Ariffannan, Dr Zool Hilmi),Alhamdulillah la masa present tu ok dah..tapi elok ja nak prepare untuk Demo tiba2 ada 1 motor x boleh gerak (motor yang angkat flipper depan). terpaksa la 'troubleshoot' nak cari punca masalahnya.puas jugak la, tapi apakan daya. Elok ja jumpa panel dah sampai, memang xda rezeki la nak tunjukkan demo naik halangan kat depan panel. cuma mampu bagi penjelasan ja la sebab apa jadi macam tu. Agak sedih sebab punya la berjaga siang malam dalam masa seminggu, tapi x dapat 'perform' masa demo. tapi, kita kena akur dengan aturan Allah, dah Dia x izinkan masa demo tu robot gerak.

komponen dalaman

Banyak cerita menarik suka duka dalam buat PSM ni. Sampaikan bilik tidur pun dah bertukar jadi bengkel dan makmal. 'circuit' terbakar la, programming x jadi, barang orang pinjam x bagi balik la. Macam2 lagi, sampaikan dah tertukar waktu siang dan malam. Pendek kata Projek Sarjana Muda (PSM) ni dah jadi Projek Sengkang mata, Pulun Siang malam.. Berapa Kos? hmm...soalan tu memang selalu orang tanya, nak jawabnya senang.pendek kata kalau ada 2bijik keta kebal macam ni dah boleh buat belanja kahwin dah la..haha, sebijik ni pun dah boleh buat hantaran..faham ja la harganya.

Apa-apa pun terima kasih yang tak terhingga la kepada semua kawan2 yang banyak bantu untuk siapkan robot ni sampai hasilnya macam ni. yang tolong teman buat kerja siang malam, yang bagi pinjam barang. Termasuk semua la Mat Yan, Fakaruddin, Azim Fahada, Akasyah, Akmal Roslan, Hisyam aka Macha, Hazeli dan sapa2 yang tak tersebut kat sini. InsyaAllah, ganjaran daripada ALLAH itu pasti.. [^_^]. Paling banyak terima kasih kat PM Dr Rosbi Mamat, supervisor yang banyak bagi tunjuk ajar dan banyak bantu untuk siapkan robot ni. Semoga jasa kalian menjadi saham untuk dituntut di akhirat kelak.

Buat semua, All da best untuk final exam yang akan datang x lama lagi, sambil study jangan lupa tingkatkan amal ibadah, dekatkan diri kita kepada ALLAH dan pohon bantuan daripadaNya supaya urusan kita sentiasa dipermudahkan..selamat maju jaya dan selamat bersengkang mata lagi untuk siapkan thesis pulak lepas ni ya..


Wsalam~ [^_^]

Friday, April 1, 2011

Sekitar FESTIVAL INOVASI & KREATIVITI UTM 2011

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah..sekalung rasa syukur atas nikmat kesempatan masa untuk update sikit dalam blog ni sekitar Festival Inovasi UTM minggu lepas. Walaupun dalam keadaan yang sekarang ni boleh kira kritikal dengan nak kena siapkan PSM (petang ni pun Supervisor dah nak tengok projek)..
kalendar aktiviti sepanjang festival

Bersempena Festival Inovasi & Kreativiti yg lepas, saya telah diberi kepercayaan untuk menjadi Duta UTM bagi sepanjang program itu berlangsung. Apa tu Duta UTM ya? lebih kurang kerja promosi UTM jugak la, selain daripada bertugas dalam tapak festival kami juga ditugaskan untuk mengiringi rombongan luar dan dalam untuk pusing sekitar kampus dan singgah ke fakulti-fakulti dalam aktiviti 'Free Ride Bus'. setiap setengah jam bas akan jalan dari Tapak Festival ke fakulti-fakulti terpilih untuk mengikut aktiviti di sana. Antara fakulti yg dbuka ialah Fakulti Alam Bina (FAB), Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah (FGHT), Fakulti Sains (FS), Fakulti Bioperubatan dan Biokejuruteraan (FBB), Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK) dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM).

kaunter pertanyaan di depan khemah pameran

'Free-ride bus' untuk ke fakulti-fakulti

Dr Rashid (baju putih kanan) beri taklimat kpd Hisyam (duta) utk bawa rombongan

Tak kurang hebatnya pengisian dan program di Tapak Festival sepanjang ianya berlangsung. Antara apa yang ada di sana ialah pameran 'booth' fakulti dan agensi/jabatan dalam UTM yang kebanyakannya mempamerkan produk inovasi masing-masing samada hasil kajian/rekaan mahasiswa, pensyarah ataupun staff. Turut mengisi 'booth' yang disediakan juga ialah agensi-agensi daripada luar yang membawa pelbagai produk inovasi terkini dan antara yang menarik ialah MESIN PEMBUAT ROTI JALA ciptaan Zulkifly(the Malaysian Mc Gyver) yang turut didemonstrasi untuk tontonan pelawat. Sambil itu disediakan roti jala percuma kepada semua pelawat yang bertandang. Bukan setakat tu, ada lagi pameran dan aktiviti sains oleh Fakulti Sains, Ceramah untuk lepasan SPM dan macam2 lagi..

mesin roti jala-dapat makan roti jala free kat sini

elektrik car - projek kajian kerjasama Proton & UTM

solar car UTM, antara ciptaan yang menarik

sudut pameran penyelidikan

Walaupun buat kali pertamanya diadakan Festival Inovasi ini, saya nampak banyak perubahan positif dah berlaku dalam suasana kampus yang lebih menerapkan nilai intelek dan budaya ilmu untuk dihayati. Banyak pujian dan luahan oleh pengunjung luar yang sangat gembira kerana diberi peluang untuk melawat dalam kampus secara terbuka seperti ini. Pihak Innovation & Commercialisation Center (ICC) dan Center of Student Innovation (CSI-bawah kelolaan Dr Rashid pensyarah jabatan mekatronik FKE) merupakan antara tulang belakang yang bekerja keras dalam merealisasikan festival ini.


Namun, sudah pasti masih ada banyak ruang-ruang penambahbaikan yang tidak harus kita tinggalkan untuk penganjuran akan datang antaranya ialah menyatukan sekali dengan program karnival kerjaya agar dapat menarik lebih ramai mahasiswa UTM dan mahasiswa luar untuk datang disamping mengadakan 'paper presentation' ataupun pembentangan projek-projek terpilih di setiap fakulti dan dijemput wakil kompeni luar menjadi panel penilai dalam usaha nak promosika produk UTM. Dari segi perjalanan bas dan penyusunan jadual aktiviti di fakulti boleh diperkemas supaya nampak lebih profesional dan menarik. Apa-apa pun saya amat kagum dengan pasukan penganjur yang sangat cekap dalam bekerja terutama untuk promosi dan publisiti.
ni lawatan kat PSZ..sempat la jugak singgah

pameran di FGHT


bukan main ceria lagi adik-adik tadika ni datang

Wireless Communication Center (WCC UTM)


akak staff FKE yang sentiasa ceria

laman konsultasi daripada Pusat kaunseling dan Pusat Pembangunan Kerjaya

abang-abang UTM ambassador yang macho tngh tunggu adik2 masuk



penerangan tentang Flight Simulator..produk FKM

pertandingan melukis dan mewarna kanak-kanak..

pertandingan rekacipta sekolah menengah

FUNtastic Science..banyak permainan sains yang menarik kat sini

ROBOCON COMPETITION..susun piramid

InsyaAllah, kita harapkan penganjuran pada masa akan datang akan lebih baik dari segi penganjuran dan sambutannya. Semoga apa yang kita usahakan ni mendapat ganjaran daripada Allah swt.
Wallahualam~