Monday, January 23, 2012

Kejohanan Terbuka Futsal Piala YB Amiruddin meriah!



JITRA, 15 JANUARI 2012 – Kejohanan Terbuka Futsal Piala YB Ir Haji Amiruddin Hamzah berlangsung dengan begitu meriah dengan kehadiran peserta-peserta dari serata Kedah termasuk peserta dari negeri jiran, Perlis dan Pulau Pinang. Kejohanan terbuka anjuran Pusat Khidmat Komuniti DUN Jitra ini mendapat sambutan yang luar biasa apabila menerima penyertaan sebanyak 104 pasukan bagi merebut gelaran juara dan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1000.00.

Kejohanan ini berlangsung di Gelanggang Futsal JH Sports Kelubi, Jitra dengan membuka sesi pendaftaran penyertaan pasukan seawal jam 8.30 pagi dan berlangsung selama satu hari. Upacara gimik perasmian kejohanan ini telah disempurnakan sendiri oleh YB Dato’ Ir Haji Amiruddin Hamzah.

“Kerajaan Negeri Kedah tidak pernah meninggalkan agenda pembangunan belia di negeri ini kerana belia adalah asset masa depan kepada Negara. Program yang berfaedah telah banyak diatur di peringkat Kerajaan Negeri dalam memastikan belia dan pemuda negeri Kedah dapat meluangkan masa dengan melakukan perkara yang lebih berfaedah tidak terjebak ke dalam perkaraa yang tidak sihat..” Ujar beliau dalam ucapan ringkas sempena merasmikan kejohanan ini.

Antara sebab yang menjadi tarikan kepada para peserta untuk menyertai kejohanan ini ialah kerana yuran penyertaan yang rendah manakala hadiah yang disediakan pula lumayan. Johan telah disandang oleh Pasukan BHP manakala Naib Johan telah dimenangi oleh Pasukan TSB Tandop. Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abd Aziz Bin Jusoh, Penyelia Pusat Khidmat Komuniti DUN Jitra.

Diharapkan agar program-program seumpama ini dapat diatur lagi oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha mendekati golongan muda dan membendung masalah sosial di kalangan anak muda pada hari ini.
~sekitar kejohanan berlangsung~



  




 Upacara gimik perasmian oleh YB Amiruddin

 Penonton teruja menyaksikan pasukan-pasukan yang berentap





                                                             Naib Johan - TSB TANDOP

Johan - Pasukan BHP

~barisan pemenang bersama pihak penganjur kejohanan~


~KEDAH SEJAHTERA, NIKMAT UNTUK SEMUA~




Ku Abd Muhyi Ku Abd Hamid
Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jitra


No comments:

Post a Comment