Tuesday, April 13, 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA PERKHIDMATAN MAKANAN UTM- Pelanggan dan Pengguna

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada 13 April 2010 jam 9.00 pagi telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perkhidmatan Makanan UTM- Pengguna dan Pelanggan bertempat di Bilik Mesyuarat Kolej Tun Fatimah (KTF). Mesyuarat yang dianggotai oleh wakil Pejabat HEMA, Pejabat Harta Bina (PHB), Pusat Kesihatan, Pengusaha kafeteria dan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) ini telah membincangkan beberapa isu. Antaranya:

1) Isu kebersihan merangkumi makanan,tempat penyediaan makanan, sistem perparitan dan tempat pengumpulan sampah.
2) etika pemakaian bagi pengendali dan pengusaha makanan.
3) Penggunaan bekas plastik menggantikan polisterina.
4) Harga syiling makanan, minuman dan perkhidmatan.
5)
Penggredan gerai dan kafeteria.

Perbincangan selama hampir dua jam ini telah memberikan beberapa keputusan. Antaranya:

  1. Kebersihan makanan dan tempat penyediaan makanan adalah tanggunjawab pengusaha makanan dan pemantauan akan dijalankan oleh pihak Pusat Kesihatan secara berkala.
  2. Berkenaan masalah sistem perparitan yang tersumbat (arked Meranti), aduan telah dibuat oleh pihak pengusaha beberapa kali termasuk tahun2 sebelum ini tetapi belum pernah ada penyenggaraan dibuat sehingga kini. PHB diminta agar menyelesaikan masalah ini segera. sistem perangkap minyak dan sampah disenggarakan oleh pengusaha kafe (4x sehari).
  3. Tong sampah besar ditambah sebanyak dua unit (di Arked Meranti) memandang tong sedia ada tak mampu menampung kapasiti beban sampah.
  4. Berhubung isu etika dan tatacara pemakaian sesetengah pengusaha makanan, dibangkitkan oleh MPM. PHB akan memberi pekeliling kepada semua pengusaha untuk mematuhi etika pakaian dan pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa.
  5. Berkuatkuasa 1 MAc 2010, semua pengusaha makanan diarahkan untuk menukarkan penggunaan polisterina kepada bekas plastik. Harga tetap untuk 1bekas plastik adalah 30sen. (sekiranya masih ada yang jual mahal atau masih guna polisterina, sila laporkan kepada MPM)
  6. Harga syiling makanan,minuman dan perkhidmatan telah dipersetujui sebelum ini dan masih digunapakai. Tetapi pihak pengusaha minta untuk adakan semakan semula terhadap harga syiling ini secara berkala( 2 @ 3 bulan sekali) memandangkan harga bahan mentah berubah mengikut pasaran semasa.
  7. Pemantauan dan Penggredan kafeteria dan gerai telah dijalankan tetapi tidak dipamerkan untuk makluman pengguna. Kami di pihak MPM akan terus menggesa agar gred kafe dipamer dihadapan gerai dan kafe supaya pengguna dapat menilai kualiti makanan dan servis yang dibekalkan.

Terdapat juga beberapa perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat ini antaranya ialah berkenaan sistem aduan. Aduan mahasiswa boleh diajukan terus kepada Jabatan Kebajikan dan Pelestarian Kampus (JKPK) MPMUTM untuk tindakan lanjut.

Antara lain terdapat cadangan untuk menjadikan kawasan parking hadapan Arked Meranti sebagai kawasan makan tambahan.( masih dalam cadangan).

Selepas selesai mesyuarat,turut diadakan lawatan ke sekitar kafeteria KTF dan Arked Meranti.
Walaubagaimanapun, fokus pada kali ini lebih kepada isu di arked Meranti dan kafeteria KTF. Insyaallah di arked2 lain akan ada juga lawatan dan pemantauan dari semasa ke semasa.
Dari pihak MPM,kami ingin menyarankan kepada semua mahasiswa sekiranya ada sebarang aduan,komen untuk penambahbaikan adalah amat dialu-alukan.















KU ABD MUHYI BIN KU ABD HAMID
JABATAN KEBAJIKAN DAN PELESTARIAN KAMPUS
MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UTM
kumuhyi.mpputm@gmail.com



No comments:

Post a Comment