Friday, March 18, 2011

FESTIVAL INOVASI & KREATIVITI UTM || UTMost Imagination ||






UTM akan menganjurkan FESTIVAL INOVASI DAN KREATIVITI buat julung-julung kalinya pada tahun ini bagi merealisasikan lagi agenda universiti sebagai sebuah Universiti Penyelidikan yang akan berlangsung bermula pada 23hb hingga 28hb MAc 2011 serentak dengan PESTA KONVOKESYEN kali ke-46 yang akan diadakan pada tarikh yang sama dengan MISI untuk Melaksanaan program inovasi bersifat terbuka melalui penglibatan masyarakat luar dalam melihat sendiri aktiviti-aktiviti inovasi serta bahan pamer yang bersifat interaktif hasil penyelidikan dan rekacipta warga UTM.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang tempoh festival ini berlangsung bagi mendedahkan inovasi dan kreativiti UTM sepenuhnya kepada masyarakat umum seperti yang pernah dilaksanakan oleh sebuah universiti ternama iaitu Rochester Institute of Technology (RIT), Califonia. Pelaksanaan Festival Inovasi Dan Kreativiti UTM 2011 akan melibatkan pelbagai program-program inovasi yang menarik dan melibatkan interaksi seluruh warga UTM serta masyarakat luar pelbagai lapisan.

OBJEKTIF PENGANJURAN PROGRAM


Antara objektif penganjuran program Festival Inovasi Dan Kreativiti UTM 2011 ini adalah seperti yang digariskan berikut iaitu untuk mengetengahkan hasil rekacipta dan inovasi warga UTM kepada masyarakat luar di samping untuk menonjolkan UTM sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang menerajui aktiviti rekacipta dan inovasi di Malaysia. Antara lainnya ialah untuk memberi peluang kepada masyarakat luar melawat dan mengenali UTM dan warganya dengan lebih dekat serta untuk memberi pengiktirafan kepada individu-individu yang telah berjaya memperkembangkan inovasi dan kreativiti di Malaysia dalam meningkatkan taraf hidup serta kualiti hidup masyarakatnya.


UTM juga dalam mengorak langkah seiring dengan proses transformasi universiti supaya menukar konsep Pesta Konvo yang selama ini diadakan berkonsep kepada keusahawanan kepada konsep inovasi di mana dengan konsep ini akan diperkenalkan kepada masyarakat umum tentang apa yang ada di dalam UTM, apa kejayaan yang telah dicapai, sedang dikejar dan menjadi sasaran UTM serta perkongsian teknologi dan pengetahuan kepada masyarakat umum. UTM juga berusaha dalam menerapkan budaya ilmu bukan sahaja kepada masyarakat kampus tetapi turut juga terasa oelh masyarakat umum. Pelbagai pameran dan pertandingan akan berlangsung sepanjang program ini yang turut memuatkan acara seperti lawatan ke sekitar kampus yang memberikan peluang kepada pelawat untuk mengenali fakulti-fakulti yang terdapat dalam UTM. Terdapat pelbagai aktiviti dan pengisian menarik yang dapat dilihat seperti dalam jadual di bawah. Juga boleh didapati di laman web UTM Innovation & Commercialisation Center (UTM ICC) bagi mendapatkan maklumat penuh tentang perkembangan berkaitan Festival Inovasi dan Kreativiti ini.

Program pada hari pertama

Program pada hari kedua


Program pada hari ketiga

Program pada hari keempat


Program pada hari kelima


Program pada hari keenam


Nota: turut boleh dapatkan maklumat lanjut dan muat turun jadual dan tentatif lengkap berkaitan Festival Inovasi & Kreativiti ini di sini.

logo Pesta Konvokesyen kali ke-46

Bertemakan "Universiti Lestari Menjana Inovasi" , pelbagai pengisian dan aktiviti menarik telah dimuatkan dalam Pesta Konovokesyen pada kali ini yang akan dijalankan secara serentak dengan Festival Inovasi & Kreativiti.

Antara program yang dimuatkan pada kali ini ialah Kempen Go Green, UTM Innovation Graffiti Contest, Pameran Fotografi, Seminar Usahawan Internet, UTM Aerospace Launch, Pertandingan Nasyid, UTM Top Chef, UTM Entrepreneur Apprentice, Showcase Superbike, UTMost Innovation, dan UTMost Innovation Colouring Contest. Banyak lagi aktiviti menarik yang dapat dilihat disini

Untuk mengikuti perkembangan lanjut berkaitan Pesta Konvokesyen kali ke-46 ini, boleh layari page event dalam Facebook: PESTA KONVO UTM 46

Sebagai seorang mahasiswa, saya amat menyokong usaha baik universiti dalam menaikkan nama universiti ke persada dunia di samping menerapkan nilai-nilai sahsiah yang terpuji di kalangan masyarakat kampus baik samada mahasiswa, pensyarah, staff dan keseluruhannya. Penerapan budaya ilmu mestilah seiring dengan penerapan nilai sahsiah supaya generasi pemimpin yang bakal dilahirkan tidak kecundang dengan mehnah dan cabaran yang sangat kental sekarang terutamanya cabaran-cabaran yang berupaya merosakkan minda dan pemikiran sihat kita. Elemen-elemen yang tidak sihat mestilah dijauhkan dan dielakkan dan menjadi tanggungjawab kita bersama dalam memastikan ilmu itu tidak direndahkan martabatnya dengan maksiat selaras dengan Motto UTM " KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA"


Wallahualam~

Ku Abd Muhyi Ku Abd Hamid
Mahasiswa Tahun Akhir
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik-Mekatronik
UTM


No comments:

Post a Comment