Monday, March 21, 2011

ROAD TO UNIVERSITY || KMP- anjuran Persatuan Alumni KMP

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulilllah segala puji-pujian kepada Allah s.w.t atas segala kurniaan nikmatNya kepada para hambaNya.. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w, rasul junjungan kekasih Allah..


Alhamdulillah, atas kesempatan ruang dan peluang yang ada sekali lagi telah berkesempatan untuk memberikan sedikit bakti kepada Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) terutamanya kepada adik2 KMP Gen 11 yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester 2 ( PSPM 2 ) dalam tempoh kurang lebih 3minggu saja lagi dari sekarang.

Atas permintaan daripada Datin Azuyah Hassan (Pengarah KMP) dan juga pihak HEP KMP, AlumniKMP telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program ROAD TO UNIVERSITY. Program ini lebih berbentuk sesi perkongsian maklumat dan pengalaman antara AlumniKMP yang telah bekerjaya dan yang masih menuntut di universiti tentang bagaimana memilih jurusan dan universiti, persediaan-persediaan yang diperlukan sebelum melangkah kaki ke universiti, peluang-peluang bantuan/tajaan kewangan yang ada dan peluang kerjaya selepas bergraduan kelak.

Apa yang menjadi budaya yang unik dan menarik di KMP ini ialah tentang hubungan antara setiap generasi sangat baik. Kebanyakan program yang dianjurkan akan melibatkan semua generasi dan pada program kali ini dapat lihat ada alumni dari generasi Pertama hinggalah ke Gen 10 dapat turut serta meluangkan masa bersama adik-adik Gen 11. Abang-abang dan kakak-kakak yang dah bekerja ada yang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata nak bersama dengan adik-adik Gen11 dan ramai yang dari kampus yang pelbagai turut datang. kali ini majoritinya datang dari UUM.

Seawal jam 5.00pm, para alumni sudah mula berkumpul di Kafe B (kafe Bang Din) bagi sesi pendaftaran dan taklimat daripada urusetia penganjur. Kami telah disambut mesra oleh para pensyarah KMP antaranya En. Badrul Hisyam, En Sharom dan lain lagi.. sempat juga beramah mesra dengan pensyarah2 lain selepas tu. Memandangkan ada masa berbaki sebelum maghrib, kami curi peluang untuk jalan-jalan di sekitar KMP bagi menikmati keindahan panoramanya. Sempat jugalah berjumpa dengan beberapa lagi pensyarah KMP termasuklah En Kamarul yang sedikit teruja bila tengok ramai yang merupakan AJKO datang untuk program ni. Taklimat para fasilitator diberikan pada jam 8.00pm di DK 1 dan program bermula pada jam 9.00pm.
tentatif program

sesi taklimat oleh Kak Elly (S/U AlumniKMP) dan aluan oleh En Shahrom

Pelajar-pelajar dibahagikan kepada 7 tempat mengikut pecahan jurusan iaitu Perakaunan, Sains Fizik dan Sains Hayat dan para fasilitator juga dipecahkan mengikut bidang masing-masing mengikut dewan kuliah yang telah ditetapkan. Saya telah ditugaskan untuk berada di DK 3 bersama adik-adik Sains Fizik. Bersama saya ialah Kak Rini yang merupakan pelajar Gen 1 KMP. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah di MSU. Memang teruja bila tengok adik-adik semuanya bersemangat nak mendengar perkongsian daripada kami. Satu cabaran juga bagi saya untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikemukan berkaitan semua bidang kejuruteraan yang ada memandangkan saya lebih khusus dalam bidang elektrik tapi Alhamdulillah berbekalkan sedikit pengetahuan yang ada, saya cuba menjawab segala persoalan yang dikemukakan.. program tamat sekitar jam 11.00pm.

Adik2 JPP KMP memberikan layanan yg cukup istimewa apabila menyajikan kek sempena meraikan kami selepas selesai sesi di Dewan Kuliah. Sempat juga lah beramah mesra lagi dengan pensyarah-pensyarah yang tak sempat jumpa pada waktu petang. Memandangkan ada yang datang dari jauh, kami disediakan penginapan pada malam itu, saya juga turut menginap di situ bersama dengan rakan-rakan yang lain. Keesokkan harinya, kami semua bertolak pulang selepas bersarapan di Kafe Bang Din.

Alhamdulillah..pengalaman yang berharga dapat menyertai Program Road to U ni kerana banyak juga yang dapat dipelajari di sana. Buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan nanti, kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat anda semua. Apa yang penting, jangan sesekali rasa putus asa dalam berusaha dan sentiasalah bermunajat kepada Allah mohon kekuatan dan keberkatan dalam usaha kita mencapai kejayaan. Kejayaan mendapat keputusan yang cemerlang merupakan syarat untuk mendapat jurusan dan universiti yang diminati. tapi kegagalan untuk mendapatkan gred yang cemerlang bukanlah pengakhiran bagi sebuah perjuangan menuntut ilmu.

"Ilmu bukan sekadar apa yang diajar di dalam kuliah dan apa yang akan ditanya di dalam kertas perperiksaan. Sebaliknya ilmu merupakan pelengkap bagi seseorang dalam menempuh kehidupan yang sebenar. Ilmu mengajar kita menilai erti sebenar sebuah kehidupan sebagai seorang hamba Allah."


Ucapan terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada pihak KMP yang sudi menjemput alumniKMP datang bagi berkongsi serba sedikit dengan adik2 KMP. Semoga perkongsian seumpama ni tak berhenti setakat ni. harapnya jangan serik nak jemput lagi ye.. Terima kasih juga kepada pihak urusetia kerana sudi menjemput saya untuk turut serta dalam program ni.. InsyaAllah sedikit ilmu pengetahuan yang ada akan sama2 dikongsi bersama..

Semoga apa yang dihajatkan dan apa yang diusahakan oleh kita semua mendapat keberkatan daripada ALLAH dan sama-sama kita manfaatkan dalam kehidupan kita. Semoga kejayaan mendampingi anda semua..

Wallahualam~ salam perjuangan buat semua ^_^

sekitar program "Road 2 U"

menjawab persoalan berkaitan kejuruteraan


adik ni tanya soalan apa la agaknya kat abg/kakak fasi



sebahagian drpd adik2 jurusan Perakaunan

Abg n kakak fasi ni jurusan akaun..apa la yg diceritakan tu..


memandangkan majoritinya akaun, ni pun kuliah akaun jugak...


terima kasih kepada adik2 JPP kerana sudi jamu kami makan kek2 yang sedap ni.. ^_^






2 comments:

  1. wouuuu~rindunye kt KMP....tp ble lah dpt pegi lg..huhu888

    ReplyDelete
  2. Thanks pd abg2 dan akak2 alumni y sudi dtg ke KMP bru2 ni...erm...byk y kmi dpat drpd program ni...kami pun akan jdi ahli alumni nnti dan brbkti pd adik2 junior kmi nnti....Sya mewakili semua pelajar KMP Gen 11 mengucapkan jutaan terima kasih pda abg2 dan akak2 sumer.....moga kta dpat jumpa lagi di universiti pd blan 9 nnti....INSYAALLAH....fakrul jpp n bad a2

    ReplyDelete