Assalamualaikum & salam sejahtera...
3 tahun dalam latihan bersama PALAPES,ni lah kali terakhir program ekspedisi ke luar sebagai pegawai kadet. Walaupun tak ramai yang turut serta tapi Alhamdulillah dapat juga program ni dilaksanakan. Ekspedisi bermula pada 26hb April 2010 setelah bertolak dari Markas PALAPES UTM dengan kekuatan anggota 21 orang dan diiringi oleh Kapten Andy, Kapten Ismadi, Lt. M Syawal dan En. Asri (RSM UTM). lebih kurang jam 6.30pm, tayar bas pun bergolek menuju ke destinasi..
Lebih kurang 11jam perjalanan,akhirnya sampai jugak kat jeti awam Tasik Banding kira-kira jam 5.30am 27hb April 2010. Terpaksa la tunggu di sana sampai pukul 7.30am sebab bot belum sampai. Solat Subuh pun di jeti tu la, yang perempuan dapat tumpang solat kat pondok polis jeti. Lebih kurang jam 7.30am Mejar Kubera, wakil dari kem 303 Rejimen Sempadan datang menjemput kami bersama anggotanya. Lebih kurang 30minit sampai lah kami di Pulau Sri Undangan kat Tasik Banding tu.
Pada jam 11.00am, Mejar Kubera memberi aluan selamat datang dan sedikit cerita latar belakang sejarah pulau ni. Lepas tu, kami dihidangkan dengan sarapan pagi dan minum pagi. Bagi yang tak tahan tengok tasik tu terus keluarkan joran masing2. tengah panas pun dah tak peduli. Sesi aktiviti kami diteruskan dengan jungle tracking pada jam 2.30pm (1430). Memang lain daripada yang lain la tracking kali ni sebab kami boleh cabut pokok tongkat ali untuk bawa balik.kami jugak ikut laluan Orang Kuat (GAJAH) sepanjang trek mendaki bukit tu. kebetulan pulak hujan turun, memang seronok la sampai ada yang menggelungsur turun bukit. Sebelum pulang ke pulau kami sempat dipertontonkan demonstrasi survival (bagaimana nak masak nasi dan lauk dalam buluh, tumbuhan yang boleh dimakan dalam hutan, jenis2 pondok dan beberapa jenis jerangkap binatang).
Boleh dikatakan rutin tetap kami di sana ialah mandi tasik, main kayak dan berakit. itu la yang dibuat tiap2 masa yang free. Hari berikutnya (28hb April 2010) kami meneruskan aktiviti dengan aktiviti berkayak dan berakit. Bagi kedua-dua acara ini, kami dibahagikan mengikut kumpulan ( 2 orang 1 kumpulan bagi acara kayak dan 4 orang 1 kumpulan bagi berakit). Acara ini dijadikan pertandingan bagi menguji kerjasama dan strategi setiap kumpulan. Antara lain yang dijalankan ialah Water Confidence iaitu kami dikehendaki berenang berpandukan seutas tali yang telah diikat oleh para urusetia.
Acara pada hari terakhir adalah antara yang menarik iaitu melawat ke perkampungan orang asli di sebuah pulau di sana. Melihat kehidupan masyarakat di sana yang serba daif memberi pengajaran dan motivasi kepada kami. Masih ada warga negara Malaysia yang nasib mereka seperti itu. Adakah selama ini tiada pembelaan atau mereka sendiri yang selesa dalam keadaan begitu.Sempat juga berinteraksi dengan mereka di samping belajar menyumpit. program habis kira-kira jam 12.00tengahari dan kami bertolak pulang ke UTM pada jam 2.00pm.
Biarpun program yang singkat sebegini dan penyertaan yang kurang daripada sasaran sekurang-kurangnya ada ilmu dan pengalaman baru yang dapat kami pelajari di sana. Dengan program sebegini juga kita dapat kenal siapa rakan, siapa kawan dan siapa sahabat. Bukan semua orang disekeliling kita ini boleh dijadikan kawan, rakan atau sahabat biarpun pada zahirnya mereka nampak seolah-olah senang bekerja dengan kita. Apa yang diharapakan ialah ukhwah yang dibina selama ini akan terus berkekalan atas landasan Islam.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment