Wednesday, April 20, 2011

ANTARA SABAR DAN MENGELUH

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...sekadar bingkisan perkongsian di pagi hari dalam masing-masing sibuk ulangkaji untuk 'final exam akan datang ni kan..curi-curi masa ambil kesempatan sekejap untuk update dalam blog ni. semoga apa yang dikongsi sikt sebanyak dapat bagi manfaat pada kita semua [^_^]

Sering kali dalam kehidupan seharian kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan. Jatuh sakit, kehilangan harta atau orang kesayangan, result exam rendah, prestasi akademik tak memuaskan dan macam-macam lagi. Samada berat atau ringan, susah atau senang, seketika atau lama, kita lah yang mencorakkan melalui bagaimana kita menerima ujian dan dugaan tersebut. Kadang-kadang apabila hati diruntuni bisikan syaitan, kita boleh terlupa dan terleka hingga kita sering mengeluh dengan ujian dan dugaan yang menimpa hinggakan takdir yang dipersalahkan. Kononnya dunia ni tak adil dengan kita. Pernah sedar atau tak, kalau kita kata dunia ni tak adil bermakna kita katakan bahawa ALLAH tu tak adil?? Nauzubillah..moga2 kita bukan orang seperti ni.

Sabar atau mengeluh? mana satu yang kita buat..kadang-kadang kita kata kita sabar, tapi dalam masa yang sama mulut sering mengeluh dengan apa yang berlaku.adakah mengeluh itu sifat orang yang sabar??? tepuk dada tanya lah iman. Di sini saya bawakan satu cerita untuk dikongsikan bersama tentang bagaimana sifat sabar itu lebih mulia berbanding mengeluh.

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab,

"Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan teladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi,:


"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,::

"Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap ALLAH, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah. Antara tips untuk sentiasa sabar dengan ujian ialah sentiasa ingat dan kembali kepada ALLAh bila kita dilanda musibah..perbanyakkan berselawat dan dekatkan diri dengan ALLAH.. sentiasa SENYUM [^_^] tatkala kita dilanda ujian, kerana senyum merupakan ubat yang paling mujarab dan cepat untuk menyembuhkan penyakit hati, nak nak lagi bila dah dekat dengan FINAL EXAM ni kan, sekecil-kecil masalah pun boleh jadi besar kalau kita tak uruskan dengan baik...InsyaALLAH, semoga apa yang dikongsi dapat dijadikan manfaat kita bersama..


Wallahualam...

[^_^]

No comments:

Post a Comment